Warkah kemaafan(kah ini?)

28 Oct

Assalamualaikum,

Kehadapan Pencipta sekalian alam serta segala yang ada di dalamnya. Segala puji buatMu Tuhanku. Sesungguhnya warkah ini kutulis dengan rasa penuh rendah diri dan kehinaan terhadapMu. Selayaknya aku harus selalu menulis sebegini agar hati sentiasa tenang, agar iman sentiasa memuncak, agar akhlak kian mantap untuk aku terus gagah mencari keredhaanMu. Tapi iya benar, aku lalai wahai Tuhanku. Cinta dan rahmatMu Maha Luas untukku tapi tetap tegar aku leka dengan ujian kesenangan yang Kau berikan kepadaku. Akan tetapi cukup dengan hanya sedikit ujian kesusahan dan dugaan kepayahan dariMu, maka aku kembali kepadaMu mencari pengharapan. Tika itu baru aku hendak mencariMu, baru tahu tinggi langit dan bumi. Selayaknya di manakah kedudukan aku yang hina ini pada perkiraaanMu ya Allah? Sekali lagi aku tunduk terasa diri penuh dengan kenistaan. Semoga masih ada rahmat keampunan dariMu buatku Tuhanku.

Continue reading

Bangkit dengan hati, mula dengan jari…

8 Oct

Jika jari masih keras, jika kaki masih kebas,

Jika bibir masih berat, jika otak masih karat,

Mulalah dengan hati…

Bangkitlah wahai pemuda dengan hati yang kaya. Miskinnya bangsa itu bukan kerana miskin hartanya, tetapi miskinnya bangsa itu kerana miskin dengan CITA-CITA. Kerana kesungguhan mendalam yang ada dalam cita-cita itu takkan pernah lumpuh oleh kekurangan harta, takkan juga pernah tewas oleh sogokan kemewahan. Continue reading

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

26 May

“Dengan nama Allah yang Paha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya Kau yang kami sembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami Jalan yang lurus. Iaitu Jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.” Continue reading